Isnin, 24 Mac 2014


AYAM GORENG BEREMPAH SENJAKALA

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam di potong kecil.
  • 2 camca besar serbuk kari ikan
  • 5 tangkai cili kering di kisar
  • garam
  • 10 helai daun limau purut di racik halus
  • minyak utk menggoreng

BAHAN KISAR HALUS
  • 2 camca besarserbuk ketumbar
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih


BAHAN KISAR KASAR
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 3 batang serai
  • 1 labu bawang besar di potong bulat


CARA MEMASAK
  • Basuh ayam dan toskan
  • masukkan bahan kisar halus dan kasar bersama bahan lain ke dalam bekas besar
  • gaul rata semua bahan,masukkan daun limau purut yang di racik halus tadi
  • biar rempah ratus menyaluti ayam
  • biar dan perap selama satu jam atau semalaman di dalam peti sejuk utk lebih mesra. 
  • goreng dengan minyak yang menenggelami seluruh bhg ayam. 
  •  angkat dan toskan minyak.
  • goreng bawang besar sampai layu,dengan sedikit minyak
  • gaul dengan ayam yg telah siap di goreng
  • siap utk di hidangkan
Makan malam kami biasanya pukul 8 mlm.sebab tu lah lauk yg di sediakan ni di namakan ayam senjakala.ye la dah goreng waktu senja,sat lagi nak makan panas-panas .dah sejuk tak berapa sedap dah 
  
Mai la try resepi saya ni ye.walaupun agak rumit,tapi hasilnya amat mangujakan.Selamat menjamu selera.


 



CARA MEMBUAT PUDING CERMIN BERSUSU




Sebenarnya saya dah lama nak jadi salah seorang blogger di alam maya ni tapi kesibukan saya menguruskan kedai jahit,membuatkan hasrat saya tu tertangguh buat seketika.Jadi dengan kelapangan masa yang ada ni,sebelum ketibaan stok jahitan utk raya,saya mengambil peluang ini utk menyertai kekawan yang lain.
    Dok diam-diam ni,saya terfikir utk berkongsi resepi pertama saya .panas-panas ni elok la kalau di sediakan sesuatu yang sejuk dan nyaman utk di makan.
suami dan anak-anak pun teruja setiap kali nak tiba teatime.itu la yang buat saya seronok utk memasak.
      mai la cuba resepi mudah dan ringkas serta sedap ni.

Puding Cermin Bersusu

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 4 helai daun pandan 
  • secubit garam
  • pewarna :hijau,ungu dan merah(ikut suka kepekatan warna)
CARA MEMBUAT
  1. rebus agar-agar dengan 4 cawan air.masukkan daun pandan.
  2. bila dah mendidih,masukkan gula.kacau sampai gula hancur.masukkan garam.
  3. tuangkan agar-agar jernih dalam piring kecil,titiskan pewarna dalam piring yang berasingan mengikut warna(3 piring diperlukan).
  4. simpan piring-piring yang mengandungi agar-agar yang diwarnakan tadi ke dalam tempat beku.
  5. tuangkan susu ke dalam lebihan agar-agar tadi.kacau dan perlahankan api.
  6. potong dadu agar-agar berwarna tadi , tabur dalam loyang dan tuang adunan agar-agar bersusu tadi .
  7. sejukkan ,potong dan boleh dimakan.