Sebenarnya saya dah lama nak jadi salah seorang blogger di alam maya ni tapi kesibukan saya menguruskan kedai jahit,membuatkan hasrat saya tu tertangguh buat seketika.Jadi dengan kelapangan masa yang ada ni,sebelum ketibaan stok jahitan utk raya,saya mengambil peluang ini utk menyertai kekawan yang lain.
Dok diam-diam ni,saya terfikir utk berkongsi resepi pertama saya .panas-panas ni elok la kalau di sediakan sesuatu yang sejuk dan nyaman utk di makan.
suami dan anak-anak pun teruja setiap kali nak tiba teatime.itu la yang buat saya seronok utk memasak.
mai la cuba resepi mudah dan ringkas serta sedap ni.
Puding Cermin Bersusu
BAHAN-BAHAN- 1 paket agar-agar tali
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan susu pekat manis
- 4 helai daun pandan
- secubit garam
- pewarna :hijau,ungu dan merah(ikut suka kepekatan warna)
CARA MEMBUAT
- rebus agar-agar dengan 4 cawan air.masukkan daun pandan.
- bila dah mendidih,masukkan gula.kacau sampai gula hancur.masukkan garam.
- tuangkan agar-agar jernih dalam piring kecil,titiskan pewarna dalam piring yang berasingan mengikut warna(3 piring diperlukan).
- simpan piring-piring yang mengandungi agar-agar yang diwarnakan tadi ke dalam tempat beku.
- tuangkan susu ke dalam lebihan agar-agar tadi.kacau dan perlahankan api.
- potong dadu agar-agar berwarna tadi , tabur dalam loyang dan tuang adunan agar-agar bersusu tadi .
- sejukkan ,potong dan boleh dimakan.
Casino Games | JtmHub
BalasPadamCome join the hottest games in your 나주 출장마사지 casino floor today and get 나주 출장샵 our exclusive casino bonus 대구광역 출장샵 & free 의정부 출장마사지 spins. JT Play Casino Games and Rating: 4 · 전라북도 출장마사지 5 reviews